Tuesday, July 29, 2008

SEJARAH PENUBUAHAN PANITIA

Perkataan ‘fizik’ berasal das perkataan Greek ‘Physikos’ yang bermaksud ilmu pengetahuan mengenai alam. Ia merupakan satu daripada cabang ilmu sains yang memberi penjelasan kepada fenomena alam seperti kemerahan langit pada waktu senja, kejadian siang dan malam, pergerakan gelombang, penerbangan pesawat dan lain-lain.

Fizik merupakan mata pelajaran elektif Sains Tulen bagi pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6. Panitia Fizik SMK Simpang Rengam telah ditubuhkan pada 3hb Jan 2002 apabila kumpulan pertama pelajar Tingkatan 4 memulakan sesi persekolahan. Sejak awal penubuhannya sehingga tahun 2008, panitia Fizik telah diterajui oleh Pn. Norazah Hj. Beduroding sebagai Ketua Panitia.

VISI
Menjadikan SMK Simpang Rengam sekolah yang terbaik dikalangan yang terbilang


MISI


1. Melahirkan insan yang berketrampilan, berdaya saing dan berilmu dalam bidang Fizik untuk memenuhi harapan dan mencapai wawasan negara
2. Memupuk kesedaran pelajar terhadap kepentingan Fizik dalam kehidupan harian


MATLAMAT

Melahirkan pelajar yang dapat memahami fenomena alam, menghargai sumbangandan mengaplikasikan bidang Fizik dalam kehidupan seharian.

OBJEKTIF

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang Fizik bagi tujuan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran analitik dan saintifik dalam penyiasatan dan penyelesaian masalah.
3. Mewujudkan sifat kritis, kreatif, inovatif dan berjiwa penyelidik di kalangan pelajar


AHLI JAWATAN KUASA

PENGETUA KANAN
Pn. Hjh. Rohani Bt Bakar

GURU PENOLONG KANAN
Tn. Hj. Mohamad B Yusof

GURU KANAN MATAPELAJARAN
Tn. Hj. Hanafi B Jasman

KETUA PANITIA
Pn. Norazah Bt Hj. Beduroding

GURU MATA PELAJARAN
Pn. Norazah Bt Hj. Beduroding

Pn. Rahimah Bt Ibrahim
Tn. Hj. Hanafi B Jasman
TENAGA PENGAJAR

No comments: